Oleh: Zuhayati Yazid
Cinta beralih arah bukan sesuatu yang pelik atau luar biasa
dalam sesebuah perhubungan lebih-lebih lagi di kalangan pasangan
kekasih.
Namun sesuatu yang malang apabila cinta beralih
arah ketika perhubungan telah diikat kejap dengan tali perkahwinan dan
janji sehidup semati.
Biarpun ketika itu si suami atau
isteri sudah bahagia memiliki keluarga yang sempurna, tetapi
masing-masing masih mahu mencari kekurangan dengan apa yang dimiliki.
Setiap
pasangan yang berumah tangga pasti mahukan sebuah perkahwinan yang
bahagia dan aman damai, tetapi bukan semua yang diimpikan akan menjadi
kenyataan.
Tidak dapat dinafikan sebagai makhluk Allah
kita akan diuji dengan pelbagai ujian bagi melihat sejauh mana kita
sebagai makhluknya mampu menghadapi situasi yang getir dalam hidupnya.
Namun percayalah, Allah tidak kejam dengan umat, setiap dugaan yang diberi pasti setaraf dengan kemampuan dirinya sendiri.
Sebenarnya,
apabila ada kecurangan bermakna kepercayaan terhadap pasangan juga
akan semakin berkurangan dan kasih sayang yang selama ini dicurahkan
juga semakin tawar.
Biarpun tiada kajian khusus dan angka
tepat mengenai peratusan kecurangan yang berlaku antara pasangan dalam
perkahwinan, apa yang pasti kes sebegitu kerap berlaku yang menjadi
antara punca keretakan sesebuah perkahwinan.
Sehubungan itu, timbul persoalan kenapakah kecurangan berlaku dalam perhubungan?
Sebenarnya
pelbagai sebab dan faktor yang mendorong pasangan, baik suami atau
isteri berlaku curang dalam rumah tangga walaupun perkara berkenaan
sepatutnya tidak berlaku.
Faktor paling biasa yang mendorong pasangan berlaku curang ialah usia perkahwinan mereka.
Pada
peringkat awal perkahwinan mungkin masing-masing cuba untuk memahami
antara satu sama lain, tetapi apabila sudah memahami dan ada perasaan
jemu, mulalah berlaku perkara tidak diingini.
Antaranya timbul perasaan bosan terhadap pasangan dan keadaan itu menyebabkan kejujuran mula dipinggirkan dalam perkahwinan.
Selain
itu, tiada sifat telus dalam perhubungan perkahwinan boleh membawa
kepada timbulnya keinginan untuk curang kepada pasangan masing-masing.
Selain itu faktor 'tolakan' dan 'tarikan' antara pasangan suami isteri juga merupakan faktor yang berlaku kecurangan.
Mungkin terlalu rimas dengan isteri yang membebel menyebabkan si suami cuba mencari keseronokan di luar rumah.
Malah,
kurangnya perhatian yang diberikan pasangan juga tidak dinafikan
menjadi pencetus kepada fenomena curang dalam rumah tangga.
Apabila tiada perhatian, pasangan akan berasa kekurangan suatu dalam kehidupan.
Bagi
mereka yang bekerja di pejabat, pergaulan seharian dengan teman
sekerja kadangkala menjadikan mereka berpotensi untuk curang kerana
mendapat perhatian sewajarnya di luar rumah.
Oleh itu,
berpada-pada apabila bersahabat dengan berlainan jantina di pejabat
supaya perasaan sahabat tidak bertukar kepada sayang.
Sayangilah
hubungan perkahwinan yang dibina atas dasar sayang dan cinta kepada
suami dan isteri anda supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
comment here