Oleh: Nurul Adni Adnan
Dapat anak, kata orang - sebagai pengikat hubungan suami isteri.
Alhamdulillah
benar sekali, tapi dengan syarat suami isteri harus bijak mengurus dan
menyeimbangkan antara penjagaan anak dan meneguhkan hubungan suami
isteri.
Jika tak dikomunikasikan dengan baik, tiada
kesepakatan dan sefahaman, kehadiran anak akan memudarkan keharmonian
dan kemanisan hubungan suami isteri dalam membina keluarga.
Anak
boleh menghilangkan suasana romantis dan kemesraan suami isteri, jika
kita tak berstrategi menyesuaikan diri dengan fasa baru kehidupan
bergelar ayah ibu.
Mungkin antara kata-kata yang biasa sekali kita dengar - apabila telah menjadi ibu, kita lupa menjadi isteri.
Dulu
suamilah pengarang jantung dan buah hati, sekarang dah beralih pada
anak. Suami sedikit demi sedikit terkebelakang dalam kesibukan isteri
memenuhi keperluan anak.
Tahniah pada isteri yang masih terus mencanai cinta pada suami, walau kehadiran seorang bayi menarik banyak perhatiannya.
Syukur
alhamdulillah jika kalian adalah isteri yang tak lupa memanjakan dan
membelai suami dalam kekalutan dengan urusan anak dan rumahtangga.
Syukur
lah pada Allah jika kalian masih lagi menjadi isteri yang bertenang
lagi menenangkan suami, padahal dirimu juga bermujahadah untuk
bertenang dengan seribu satu ragam 'keunikan' perangai anak anak.. (ibu
yang cool & bertenang, boleh share tips nya dengan saya ya)
Bukankah hubungan suami isteri yang teguh adalah antara hadiah terbaik yang boleh kita berikan pada anak anak?
Moga anak anak merasa sejuk damai bernaung di bawah kasih ayah ibu yang saling menyayangi kerana Allah.
Namun
semaraknya cinta kasih suami isteri tidak terjadi dengan sendiri.
Perlu disediakan masa untuk terus menjadi pasangan kekasih disamping
menjadi ibu bapa.
Juga bila anak telah hadir dalam
kehidupan kita, adalah penting untuk seorang isteri berhikmah
melibatkan suami dalam episod mendidik dan mengasuh anak. ( jika suami
tak biasa mendekafi kanak-kanak).
Suami yang baik pastinya
akan memberi perhatian dan menyediakan segala keperluan isteri dan
anak pada kadar yang mampu, jadi sebagai isteri jangan lupa berterima
kasih dan menghargai setiap bantuan suami walaupun mungkin nampak kecil
di mata kita.
Jika kita isteri yang tak pandai
menghargai, jangan hairan bila suami tidak terdorong untuk membantu
dalam urusan anak-anak atau membantu kerja kerja rumah.
Malah
kadang kadang suami menunjukkan minat untuk membantu dan terlibat
mengurus anak dari awal, namun kita menjadi 'ibu yang garang' pada
suami, lalu suami pun sekadar melihat dari jauh dan akhirnya tidak
sensitif dengan kepenatan isteri seorang diri mengurus anak.
"Eh salah cara abang dukung baby tu"
"Abang mandikan baby tak betul"
"Abang ni kasarlah dengan baby"
"Abang suaplah elok elok anak tu, jangan tumpah tumpah"
"Kenapa abang buat macam tu, rimas lah baby tu"
Wahai ibu, berterima kasih dulu. Pujilah dulu. Hargai dulu. Tahan diri dari mengkritik.
Ya,
sebagai ibu kita ada perasaan kita tahu semua pasal anak kita dan
mungkin seolah kitalah saja buat terbaik untuk anak kita :D
Jadi
para isteri, kita betulkan kata-kata ya.. Jangan biasakan nada
mengkritik, apatah lagi nada marah dan mengarah - bila suami menunjukkan
usaha memberi bantuan dalam menjaga anak atau membuat kerja-kerja
rumah.
Suami kita kan seorang bapa, dia pun mahu yang terbaik untuk anaknya, malah dia juga mahu terlibat menguruskan anak.
Mudah mudahan sikap dan kata kata isteri tidak menjadikan suami terasa hambar lagi tersisih di rumah sendiri.
Boleh juga ajar baby untuk menghargai ayahnya, ajar baby bergurau dan bersembang dengan ayahnya.
Jangan
tak tahu, baby boleh sense perasaan ibu ayahnya. Baby rasa tenang
kalau ibu ayah terdengar bersembang mesra tertawa ria, dan baby juga
rasa resah sedih, jika hubungan ibu ayahnya tegang..
Ayuh
ibu bapa sekelian, kita harus selalu mengusahakan keharmonian antara
suami isteri :) menjadi suami isteri dan ibu bapa yang serasi tidak
datang dengan sendiri, tapi kita harus istiqamah mengusahakannya...
Terlebih
penting, kebahagiaan suami isteri yang sebenar akan lahir bila
kehidupan kita berorientasikan tuhan, islam dan akhirat yang
berkekalan...
Moga kita mampu menjadi teladan pada anak yang sangat kita sayangi di atas landasan iman dan kasih sayang.
- Nurul Adni Adnan
Sumber: http://sisi-kehidupan.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
comment here