27 Disember 2012

Insan

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


insan itu tetap insan..berlaku kepadanya apa yang berlaku kepada insan..
salah dan betul..
baik dan buruk..

namun jika seseorang itu memenuhi hidupnya dengan kebaikan dan ikhlas berusaha mencari kebaikan,
kita anggap dia sebagai orang baik..
itupun tidak menafikan kadang-kala dia tersalah atau melakukan keburukan..
tapi kejahatan itu bukanlah tema hidupnya..

jika seseorang itu memenuhi hidupnya dengan kejahatan,
sentiasa berusaha ke arah yang buruk,
maka kita anggap dia orang jahat..
itupun tidaklah menafikan mungkin dia kadang-kala melakukan beberapa kebaikan..
tapi kebaikan itu bukanlah tema hidupnya..

ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP KITA..

antara hakikat dan rupa..
jiwa yang bersih dan jiwa yang kotor..

Allah di akhirat menimbang amalan insan..
Allah menyataka;
"Adapun sesiapa yang berat timbangan kebaikannya, maka dia dalam kehidupan yang bahagia. Dan adapun sesiapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka tempat kembalinya neraka hawiyah"...

justeru, berhati-hatilah kita dalam menilai orang lain..
jangan terlupa untuk melihat diri sendiri..
apakah yang memagari hidup ini;
kebaikan atau kejahatan,
apakah yang tersemat dalam sanubari;
kesolehan atau keburukan?

Sumber:  http://www.facebook.com/DrMAZA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

comment here

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...