09 April 2013

Anak-Anak Tidak Mahu Buat Homework: Marah Atau Biarkan?

Oleh: Nazhatul Muna



Memarahi atau push anak-anak adalah kesilapan besar yang biasa dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak seawal tadika dan darjah satu tidak menyiapkan homework.

Setakat berdasarkan pengalaman dengan dua orang anak pertama, itulah yang selalu berlaku. Saya akan pastikan anak-anak menyiapkan homework.
Ada masanya, tension berlaku sehingga anak mengamuk dan menangis.

Tetapi itu dulu…
Alhamdulillah kami tersedar selepas pelbagai pembacaan, pengalaman mengendalikan program pelajar dan melihat sendiri produk-produk hasil paksaan membuat homework ini.

Antaranya saya sendiri.
Saya sering dimarahi oleh ayah apabila tidak menyiapkan latihan Matematik pada waktunya. Menyebabkan saya ‘benci’ subjek Matematik. Saya juga percaya saya tidak pandai Matematik. Sehingga ke matriks pun, saya masih tidak berapa suka Matematik.

Saya hampir membuat kesilapan dengan anak-anak saya.
Contohnya apabila membantu saiful Islam membuat homework, saya selalu berkata Saif pandai di dalam subjek Islamik dan Sains tetapi tidak Matematik. Sehinggakan beliau percaya dan tidak minat dengan Matematik.

Saya mengubah cara.
Saya katakan pada Saif, dia pandai Matematik. Nah, sekarang dia suka membuat homework matematik tanpa disuruh.

Semenjak televisyen tiada di rumah dan penggunaan komputer dihadkan, beliau amat minat membaca. Hampir setiap waktu lapang, beliau akan membaca. Akhir-akhir ini beliau kelihatan berminat dengan homework karangan.

Sama ceritanya dengan anak saya yang ke 3 iaitu Imad.
Sekarang Imad di dalam darjah 1.

Beberapa minggu lepas, Imad mengamuk tidak mahu ke sekolah kerana beliau terlalu penat dengan homework yang terlalu banyak.
Kami pun berkata, “Takpe, Imad rehat hari ini, esok kita sambung sekolah ye.”
Kami juga meminta izin daripada guru kelas beliau agar Imad dicutikan.
Bibik kata, Imad cakap, “Cukuplah Imad rehat satu hari, esok Imad sekolah lah”.
Alhamdulillah sejak dari hari itu, Imad tidak lagi mengamuk tidak mahu ke sekolah.

Dua hari lepas, Imad mengamuk sebab homework Matematik susah dan tidak siap.
Saya hanya mendiamkan diri, tidak memarahi beliau.
Saya tahu betapa sukarnya seoarang anak yang berusia 6 tahun 2 bulan untuk menyelesai dan melogikkan satu olahan Matematik.
Bayangkan, 6 + ? = 11.
Sukar untuk melogikkan semuanya pada satu malam.

Seingat saya semasa di sekolah rendah dulu, cikgu akan menggunakan bantal-bantal pasir kecil atau pun guli untuk mengira. Bantal-bantal pasir itu semua berwarna-warni. Murid-murid gembira mengira.
Murid-murid juga tidak ‘dipaksa’ untuk belajar sesuatu bab dalam tempoh yang segera kerana para guru tiada tekanan di dalam menghabiskan silibus.

Bibik ditugaskan untuk menyejukkan Imad dengan ‘mandian’.
Saya berfikir, lebih baik saya jauhkan diri saya sebelum menyesal.
Selesai ‘mandi’, Imad terus menangis mencari saya. Saya pujuk dan izinkan Imad tidur sebilik memandangkan Abinya pun di Turki.

Keesokkan harinya, Imad segar bersedia ke sekolah seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku pada malam sebelumnya. Beliau juga tiada swollen eyes.
Sehingga hari ini, Imad kelihatan secara automatiknya membuka homework tanpa disuruh.

Naurah juga pernah mengalami tantrum sebelum pergi ke sekolah seperti Imad pada sekitar umur 6 dan 7 tahun.

Saya fikir, pada usia inilah yang paling kritikal dan penting bagi menanam perasaan suka ke sekolah dan membuat homework.
Anak-anak akan lebih suka dan sedia belajar di dalam keadaan gembira serta tiada paksaan.

Mereka juga yakin mereka sebenarnya bijak dan tiada masalah pembelajaran.

Berikan pandangan yang positif tentang diri mereka dan kurangkan memberi tekanan serta ekspektasi/harapan tinggi yang menakutkan mereka.

Anda tidak mahu anak anda stres atau takut akan ‘pancaroba’ kehidupan seawal itu.
Mereka mesti ceria dan gembira!

Sumber: UmmuSaif.Com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

comment here

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...